Membeli sistem POS baharu adalah keputusan besar untuk perniagaan anda.
Mungkin anda baru nak buka kedai fizikal pertama. Mungkin anda sudah bosan dengan mesin lama yang selalu rosak setiap kali waktu sibuk. Atau mungkin anda sedar sistem sekarang dah tak boleh nak sokong perniagaan anda yang semakin berkembang.
Apa pun sebabnya, ini adalah saat penting. Sistem POS yang anda pilih hari ini akan mempengaruhi segala-galanya – dari kelajuan staf melayan pelanggan, ketepatan stok barang, hingga ke jumlah yuran kad kredit yang anda bayar setiap bulan.
Tapi masalahnya: ada berpuluh-puluh pilihan, beratus-ratus fungsi, dan macam-macam cara caj yang buatkan pening kepala. Macam mana nak tahu yang mana betul-betul penting?
Dalam dua artikel ini, kami akan kongsikan 10 perkara yang WAJIB anda pertimbangkan sebelum membeli sistem POS. Bukan sekadar ciri-ciri untuk dibandingkan – ini adalah faktor yang boleh selamatkan ribuan ringgit dan berjam-jam masa anda.
Jom kita mulakan dengan Bahagian 1.
1. Kualiti Perkakasan
Perkakasan POS anda bekerja keras.
Ia boleh jatuh. Kena tumpah air. Digunakan 12 jam sehari, 7 hari seminggu. Berada di dapur yang sibuk atau kedai yang penuh dengan orang. Kadang-kadang printer tersangkut kertas bila staf tengah panic waktu malam Jumaat.
Tapi ramai pemilik perniagaan anggap perkakasan POS macam barang elektronik biasa.
Apa yang anda perlu tahu:
– Gred komersial itu penting: Terminal yang direka untuk perniagaan (macam VITA, ETIMA, POSMAC) dibina untuk tahan jatuh, tumpahan air, dan gunaan berterusan.
– Semua komponen kena tahan lasak: POS bukan sekadar skrin. Ia termasuk laci duit yang kena buka 100 kali sehari tanpa rosak. Printer resit yang kena laju waktu sibuk. Scanner yang kena boleh baca label yang kedut atau rosak. Pastikan semua komponen berkualiti.
– Skrin untuk pelanggan bina kepercayaan: Banyak kedai kini tambah skrin kecil yang menghadap pelanggan. Ia tunjukkan jumlah yang dikenakan, minta tip, dan kumpul maklum balas. Ini kurangkan pertengkaran dan perbaiki pengalaman checkout.
Soalan yang perlu ditanya:
– Terminal ada waranti tak?
– Berapa lama tempoh waranti?
2. Mudah Digunakan
Kalau sistem POS susah nak guna, staf anda akan benci menggunakannya. Bila staf benci guna, layanan pelanggan terjejas. Queue panjang. Kesilapan berlaku. Jualan turun.
Apa yang perlu dinilai:
– Mudah dipelajari: Cuba lagi sistem tu pada seseorang yang belum pernah guna. Boleh mereka fikir sendiri macam mana nak proses bayaran? Bagi diskaun? Kalau ambil masa lebih 15 minit, maknanya terlalu rumit.
– Reka bentuk skrin: Butang besar dan senang ditekan ke? Susunnya logik? Atau semuanya kecil dan bersesak?
– Aliran yang intuitif: Adakah sistem tu pandu staf ke langkah seterusnya? Atau biar mereka teka sendiri?
Soalan yang perlu ditanya:
– Ada latihan sistem disediakan?
– Ada video tunjuk cara disediakan?
3. Keupayaan Integrasi
POS adalah jantung perniagaan anda. Tapi ia perlu boleh berhubung dengan sistem lain – perisian akaun, kedai online, dan alat pemasaran anda.
Kalau sistem ni tak boleh berkomunikasi, anda akan terpaksa menaip maklumat yang sama di banyak tempat. Buang masa. Banyak kesilapan. Memang menjengkelkan.
Sambungan yang paling penting:
– Perisian Akaun (macam SQL Accounting): Ini WAJIB ada. Bila POS dan perisian akaun boleh bercakap secara automatik, anda jimat berjam-jam masa memasukkan data. Setiap jualan, setiap refund, setiap bayaran cukai akan masuk ke tempat yang betul.
– Kedai Online (macam Shopify, WordPress / WooCommerce): Kalau anda jual secara online dan di kedai, stok kena sync masa nyata. Bila baju biru terakhir terjual di kedai, laman web anda kena tahu serta-merta – bukan esok pagi.
– Pemasaran & Keahlian (macam EBI Member App – memberLO): Boleh POS tangkap maklumat pelanggan secara automatik? Boleh pelanggan guna diskaun ahli, tengok baki mata, baki pakej atau kredit?
Soalan yang perlu ditanya:
– Macam mana data bergerak dari POS ke sistem akaun?
– Ada ‘open API’ tak?
4. Laporan & Analisis Data
POS moden adalah mesin data. Setiap transaksi ceritakan sesuatu. Ia tahu apa yang paling laris. Ia tahu siapa pelanggan terbaik anda. Ia tahu waktu paling sibuk. Ia tahu staf mana yang paling perform.
Tapi data tu hanya bernilai kalau anda boleh nampak, faham, dan guna.
Apa yang perlu dicari:
– Kedalaman Laporan: Boleh tengok jualan mengikut item? Mengikut staf? Mengikut kategori produk? Boleh semak pergerakan stok? Lagi banyak yang anda nampak, lagi baik keputusan yang anda boleh buat.
– Akses masa nyata: Boleh semak jualan dari telefon masa anda bercuti?
Soalan yang perlu ditanya:
– Laporan apa yang paling selalu digunakan?
– Apa yang saya boleh tengok dari telefon?
5. Kebolehan Kembang
Mungkin anda ada satu cawangan sekarang. Seorang staf. Seratus jenis produk.
Tapi macam mana tahun depan? Macam mana lima tahun lagi?
Sistem POS terbaik akan membesar bersama anda. Ia tak paksa anda tukar sistem bila buka cawangan kedua, tambah kedai online, atau mulakan program keahlian.
Apa yang perlu dipertimbangkan:
– Keupayaan pelbagai cawangan: Kalau buka cawangan kedua, boleh tengok dua-dua kedai dari satu dashboard? Boleh pindah stok antara cawangan secara digital? Boleh hasilkan laporan gabungan dua cawangan?
– Kawalan pengguna: Bila anda guna lebih ramai staf dan pengurus, boleh kawal apa yang setiap orang nampak dan buat? Pengurus boleh tengok laporan tapi tak boleh ubah harga? Juruwang hanya boleh proses jualan?
– Kedalaman fungsi: Adakah sistem tawarkan fungsi asas sekarang tapi ada fungsi lanjutan untuk masa depan? Contohnya, anda mungkin tak perlukan program keahlian hari ini – tapi kalau nak guna tahun depan, boleh aktifkan dengan mudah?
– Had penggunaan: Ada had ke atas jumlah produk, jumlah pelanggan, atau jumlah transaksi? Sesetengah sistem jadi perlahan atau caj lebih bila anda mencapai had tertentu.
Soalan yang perlu ditanya:
– Boleh setkan akses berbeza untuk peranan berbeza?
– Ada fungsi apa yang saya mungkin tak perlukan sekarang tapi boleh guna nanti?
– Ada had ke atas produk, pelanggan, atau transaksi? Apa jadi kalau melebihi had?
Akan Datang di Bahagian 2
Kini anda sudah tahu lima perkara pertama yang perlu dipertimbangkan: